Karya ini ditulis berdasarkan pengalaman semasa menjadi doktor pelatih atau houseman pada tahun 2003. Ebook ini berkisar mengenai pengalaman semasa menjadi doktor pelatih di Jabatan Obstertrik & Ginekologi (O&G) iaitu posting pertama. Bukan saja mengenai kes-kes yang dikendalikan di Jabatan O&G malah mengenai kehidupan yang dijalani sebagai seorang doktor pelatih di situ. Transisi daripada mahasiswa fakulti perubatan kepada doktor pelatih bukannya mudah. Terasa beban yang tergalas di bahu sangat berat. Bimbang dengan ceteknya ilmu dan kurangnya pengalaman dalam berdepan hidup mati pesakit. Hanya Dia Yang Maha Berkuasa memudahkan urusan perjalanan menjadi seorang doktor yang bertanggungjawab ke atas pesakit.